‘Pakcik Datang Sini Jalan Kaki. Pakcik Tak Boleh Tunggu Lama-Lama’

Masihkah anda ingat jasa dan pengorbanan yang dilakukan ibu bapa semenjak dari kecil sehinggalah ke hari ini? Bagi ibu bapa, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi masa depan anak yang cerah. Namun, sebaliknya berlaku apabila anak-anak sudah besar dan mempunyai kerjaya sendiri.

Seperti yang dikongsi ahli perubatan ini di Facebook, seorang lelaki tua terus balik ke rumah tanpa mendapatkan rawatan terlebih dahulu. Apabila ditanya, dia menangis lalu memberitahu terpaksa pulang awal kerana hanya berjalan kaki ke hospital. Sebak!

Kenapa pakcik selalu balik tak bagitau kami?

This is a story of my pt..

Since March, tiap kali panggil no dia, pt CNA(call no answer). Pt dah balik. 5x datang klinik cek tekanan darah, gula, tapi lepas tu CNA. (just to inform, kami kekurangan Dr di Gua musang, ditambah dgn bilangan pesakit yg ramai, jadi masa menunggu agak lama). Jadi sy tulis di buku dia “utk prioritise kan pt ni tiap kali dia datang”.

Hari ni,dia datang ke klinik.Our MA terus bawa dia ke bilik. Then i asked him nicely..
“pakcik..kenapa pakcik selalu balik tak bagitau kami? Pakcik tumpang org ke?”
“tak..pakcik datang sini jalan kaki. Pakcik tak boleh tunggu lama2”
Me: jalan kaki?dekat ke rumah pakcik?
Pt: Batu 2. (Dlm 3km dari sni.)

*Allahu..Saya terkejut. 3km kalau jalan kaki agak jauh. Dia keluar berjalan dari rumah seawal 7pagi utk sampai ke klinik.
Lepas tu 5x dtg xambil treatment apa2. (dia balik after 2hours daftar). Kesiannya pakcik ni ada Kencing manis, darah tinggi, stable angina(sakit jantung). gula xcontrol sbb xde duit beli jarum cucuk insulin.

Harta boleh dicari, ibu ayah tiada gantinya

Bila ditanya pasal anak dia & kenapa anak dia xtlg hantar dia ke klinik, dia terus menangis teresak2..
Sy terkilan.sy tiada ayah dari kecil. Walaupun ni bkn kali pertama sy tgk seorg ayah menangis depan sy, sy turut sebak.. Kalau ayah sy masih ada,sy takkan biarkan dia mcm ni.

*Pakcik ni.. isteri dia dah meninggal tahun lepas, anak ada 5org, tinggal jauh2.sorg je tinggal dgn dia skrg, keje bawa Case(jentolak). Pakcik ni xdpt kerja sbb masalah kesihatan. Telefon xde utk menghubungi anak2, sakit rebah mungkin xde yang peduli. Anak2 balik jarang2..

Sy call Jabatan kebajikan masyarakat utk salurkan bantuan kepadanya.

Sekadar nasihat utk diri sendiri n sahabat sy, pakcik ini mungkin ayah anda.. Kalau sekalipun kita sibuk mengejar harta, baliklah jenguk ayah ibu di kampung. Harta boleh dicari, ibu ayah tiada gantinya. Tangan mereka yg membesarkan kita sampai dewasa. Tangan ini juga yang mengesat air matanya kerana sedih disebabkn sikap kita. Igt, redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Murka Allah juga terletak pada murka ibu bapa.

#gambar dengan izin pakcik
#sesiapa ingin salurkan bantuan, boleh menjenguknya di batu 2, GM.
*maafkan saya, sy hanya ingin share moral of the story, bukan niat nak burukkn keluarga pakcik ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *