Kongsi foto Dan Video tanpa solekan, ramai terpukau dengan kecantikan semula jadi Neelofa

Baru-baru ini pengacara popular dan usahawan berjaya, Neelofa, kini sedang berada di Tanah Suci Mekah bagi melakukan ibadah umrah.

Kalau kebiasaannya kita melihat Neelofa selalu didandan dengan pelbagai gaya, namun menerusi beberapa foto dan video dirinya ketika menunaikan umrah telah menarik perhatian ramai.

Manis tanpa secalit solekan pun…

Apa yang membuatkan ramai yang tidak dapat lari daripada memandang foto tersebut, adalah disebabkan Neelofa kelihatan begitu manis walaupun tanpa secalit solekan tebal di wajahnya.

Tidal dapat dinafikan lagi rupa paras jelita yang dimiliki pengacara itu mampu membuatkan ramai yang tertawan, walaupun hanya mengenakan penanpilan yang sederhana.

Video

Definisi natural beauty…

Berserta dengan Senyuman yang manis dan kulit yang mulus, menjadikan kecantikan semula jadinya dikagumi ramai, malah ada yang beranggapan, pengacara itu nampak lebih muda jika tanpa solekan.

Gambar palingggg cantikkk! 💛

Indah betul ciptaan Allah 💜

artikel berkaitan: Pembantu Peribadi Dedah Sikap Neelofa, Rupa-Rupanya…

Pembantu peribadi kepada Neelofa, Nadiah Khairuddin mendedahkan sikap pengacara rancangan MeleTOP itu.

Nadiah yang kini berada di Kota Makkah bersama Neelofa berkongsi perkara terbabit di ruangan Instagram Stories miliknya.

Nadiah memuat naik video Neelofa yang sedang menantikan dirinya sambil membaca Al-Quran.

“Dahlah dia bawa kita datang sini, lepas tu dia selalu tunggu kita. Baiknya dia ni. So grateful to have a boss like you,” tulis Nadiah.

Video:

Video terbabit turut dikongsikan oleh akaun Instagram peminat setia Neelofa, @lofa.world menerusi sebuah entri.

Di ruangan komen, peminat memuji kebaikan hati Neelofa dan menyifatkan jasa majikan seperti Neelofa akan sentiasa dikenang sehingga ke akhir haya. sumber astro gempak

Alhamdulilah semoga d beri kesihatan yg baik agar dpt mengecapi apa yg d impikan. Jasa bos mcm ni akan sentiasa d kenang sampai akhir hayat. Alhamdulillah. Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *