“Aku muat naik gamba mcm ini pun mampu menaikkan nfsu laki ke” – Hanya kerana gamba ni, gadis ini dhujani laki nkal

MARAH dan terkejut, begitulah reaksi seorang gadis sewaktu melihat komen lcah yang diterimanya di laman sos1al. Lebih menyedihkan, foto yang dimuat naik oleh Nur Safiya Ezzati Che Sakri, 24, bukanlah foto s3ksi, sebaliknya lengkap menutup aurat dengan mengenakan tudung labuh.

Pengusaha spa itu ketika dihubungi mStar Online mengakui itu bukanlah kali pertama dia menerima komen-komen berbaur lcah, khususnya menerusi laman Instagram. “Sebelum ni pun selalu kena juga. Kalau buat live Instagram pun mesti akan ada yang komen lcah.

“Rasa maruah macam dipijak, pernah sampai satu tahap rasa macam nak nyah aktif (deactive) akaun. “Tapi saya ni berniaga, kenalah tonjolkan diri. Mungkin saya perlu cegah dengan cara kurangkan muat naik gambar,” ujar Safiya pada Jumaat.

Antara komen serta mesej berbaur lcah yang diterima Safiya.

Menurut gadis itu lagi, dia juga pernah menjadi mngsa apabila gambarnya dimuat naik ke laman Tumblr oleh individu tidak dikenali dan dijadikan sebagai bahan sembang s3ks. Lebih menyedihkan apabila wujudnya lelaki lain yang seolah-olah menyokong komen-komen lcah yang ditulis untuk dirinya di laman sos1al.

“Benda tu dah jadi bahan lawak untuk mereka. Akan ada lelaki lain pula yang back up. Di mana maruah mereka sampai sanggup komen lcah dekat perempuan yang mereka tak kenal pun? “Bagaimana jika benda tu terjadi kepada ahli keluarga perempuan mereka?

Bila saya lihat profile mereka, kebanyakannya bio di Instagram bersifat Islamik, tapi tetap komen lcah. “Tapi takkan saya nak marah balik, apa beza saya dengan individu tu? Jadi saya doakan sahaja, semoga Allah rahmati mereka,” katanya.

Paparan skrin perkongsian Safiya di Twitter.
Dalam pada itu, pendedahan Safiya yang memuat naik paparan skrin komen lelaki berkenaan di Twtter menarik perhatian ramai sehingga menerima lebih 1,800 ulang kicau (Retweet). Malah, kebanyakan netizen turut meluahkan rasa marah dan j1jik mereka atas perbuatan tidak senonoh lelaki berkenaan.

“Post lah gambar pakai niqab sekali pun, kalau dah nfsu binatang tu memang tak boleh buat apa,” tulis @naziruladlii.
“Yes, saya pun pernah kena. Rakan sekerja pulak tuh. Berlaku betul-betul depan saya… Saya tanya dia nak apa as penghargaan sebab dah tolong kerja saya dan tahu dia minta apa? “Nak tu” (d4da) and i was like… terdiam.. Tak sangka dia macam tu,” kongsi seorang lagi pelayar Twtter.

Safiya merupakan pengusaha spa di Alor Star, Kedah.

Safiya juga menasihati semua individu agar berfikir dahulu sebelum meninggalkan komen di laman sos1al. “Lelaki sepatutnya diajar untuk hormati wanita. Kena fikir, kalau benda tu jadi kat diri sendiri, orang komen buruk atau aib, tetap rasa sakit.

“Kalau komen, kena fikir maruah sendiri, maruah keluarga serta maruah orang yang kita komen tu,” ujarnya yang mengusahakan perniagaan spa di Aman Central, Alor Star, Kedah. Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *