Izreen Azminda Sah Hamil, Netizen Gatal Mengadu & Ini Respon Win Intan Saleh

BEKAS isteri pemuzik Ude iaitu Intan Liana Saleh mengucapkan tahniah kepada bekas madunya pelakon Izreen Azminda yang kini hamil tiga bulan.

Intan menerusi laman sosial mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian wanita itu.

“Alhamdulillah… tahniah ex (bekas) madu. Hahahahah InsyaAllah bonda (gelaran untuknya) pun berhak bahagia.

“Sekarang dalam perjalanan menuju ke jalan bahagia,” ujarnya di Instastory.
Intan berkata demikian ketika menjawab soalan seorang pengikutnya berkaitan kehamilan Izreen dan mendoakan kebahagiaan buat dirinya suatu hari nanti.

Pada Jumaat, aktres Izreen mengumumkan hamil tiga bulan selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya Mohammad Razzi Abdul Wahid atau Ude.

Pelakon itu memuat naik gambar imbasan ultra bunyi kandungannya dengan diletakkan bersebelahan pakaian bayi tertera tulis I Love Mom & Dad.

Izreen dan Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 31, berkahwin pada 8 Ogos 2017 secara rahsia atas permintaan pemuzik itu yang ketika itu sudah pun mempunyai isteri.

Ude pada 22 Mac 2018 menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh selepas lima tahun berkahwin.

Pasangan itu mempunyai dua anak bersama Arish Muqri, 4, dan Ariq Muqri yang berusia dua tahun.

Manakala Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun bercerai pada 2014 dan mereka dikurniakam seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar berumur enam tahun.

“Syukur Alhamdulillah” – Izreen Azminda hamil selepas lebih setahun kahwin

SELEPAS lebih setahun mendirikan rumah tangga, pelakon sensasi Izreen Azminda kini hamil anak pertama bersama suaminya, pemuzik Ude.

Izreen, 34, membuat pengumuman itu menerusi Instagramnya pada Jumaat sambil mengucapkan syukur atas rezeki tersebut.

“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Izreen turut memuat naik gambar imbasan ultra bunyi kandungannya yang diletakkan bersebelahan pakaian bayi tertera tulisan I Love Mom & Dad.

Bagaimanapun Izreen tidak memberi sebarang butiran mengenai kehamilannya itu.

Izreen dan Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 31, berkahwin pada 8 Ogos 2017 secara rahsia atas permintaan pemuzik itu yang ketika itu sudah pun mempunyai isteri.

Ude pada 22 Mac tahun lalu, menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh selepas lima tahun berkahwin.

Pasangan itu mempunyai dua anak bersama Arish Muqri, 4, dan Ariq Muqri yang berusia dua tahun.

Manakala Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun bercerai pada 2014 dan mereka dikurniakam seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar berumur enam tahun. Sumber mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *